Sabtu, 21 Oktober 2017

Despacito Versi Islamik (Dengarilah)Penyanyi:The 4Aith




[Intro: Aniq]
Aku pernah dengar cerita
Tentang dunia akhir zaman ini
Betapa situasi kita diuji
Ooh,teman...

[Verse 1: Aniq]
Manusia terus buntu
Kebenaran tak bersatu
Dan agama direndahi dan dihina
Hina...
Kita terus bergaduh sesama sendiri
Musuh bersatu terus menghancuri
Hingga kita terus hanyut dengan dosa tanpa resah!
Keliru hak batil dan arah tuju

[Pre-Chorus: Amir]
Oh!Ku
Kadangku bertanya pada diriku
Sumbangan apa yang ku mampu laku?
Cara apa lagi yang terbaik teman?
Oh Yeah!
Ya,mungkin kau rasa ini semua normal
Kau mungkin rasa takkan dipersoal
Lalu kau diam terus berpeluk tubuh...

[Chorus: Aniq]
Dengarilah..
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!
Dengarilah..
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada yang Esa!
(Cuba,cuba,cuba,cuba,cuba)

[Post-Chorus: Firdaus]
Ooh,tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!
Zina,riba,judi,arak rasuah berleluasa
Dosa kecil,dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

[Verse 2: Fahimi]
Oh,jiwa kau mula kelam bila
Hati turut hitam bila
Sanubari suram bila
Dan iman terbungkam bila
Kau sanggup bermaksiat dengan tenang berjam-jam
Namun ibadah kau tak mampu untuk berjam-jam!
Kau buka aurat tak rasa bersalah bahkan bangga
Buka,buka,buka tuk mengejar pujian dan nama
Yang menutup aurat pula selfie sini sana
Dan ada tak jaga pandangan mata

[Pre-Chorus: Amir]
Tenanglah,tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan
Kau aku akan ke syurga...
Tenanglah,tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Ku bukan sempurna
Ku hanya mengajak
Dengan harapan
Kau aku akan ke syurga,Oh yea!

[Chorus: Aniq]
Dengarilah...
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walaupun kau ditentang kau terus tabah!
Dengarilah...
Jangan terpesona dengan putus asa
Dan terpengaruh fatamorgana dosa
Segeralah kau pinta pada yang Esa!
(Cuba,cuba,cuba,cuba,cuba)

[Post-Chorus: Firdaus]
Ooh,tidakkah kau berduka melihat ummah ini?
Terus dipijak dan dihentak
Terpedaya dengan musuh!
Zina,riba,judi,arak rasuah berleluasa
Dosa kecil,dosa besar
Bagi mereka sama sahaja!

[Verse 3: Aniq]
Dengarilah...
Perjuangan dakwah ini bukan mudah
Namun bukan alasan berpaling tadah
Walau kau ditentang kau terus tabah!

[Outro: The 4aith]
Tenanglah,tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Dengarilah wahai teman
Hayati dan fahamilah...
Tenanglah,tenanglah
Ku bukan menghukum
Ku hanya menegur
Untuk kau dan aku
Dosa kecil,dosa besar
Wahai teman,sampai bila?
Dengarilah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan